Thursday, April 29, 2010

BILA MUDA & BERPANGKAT

Ohai again... How's your week going so far? It's Friday and officially almost a week since my last entry. Maaf ye, very unmotivated right now, walau penuh dengan idea tapi malas nya hanya THE ONE saja yang tahu. However short one today, something to share selepas insiden FB itu hari. Yang membaca sila ambik sebagai pengajaran dan peringatan. Aku terasa sebab bapak aku orang tua GAMEN yang tak berapa nak berpangkat sangat, chekgu je, takde degree pon, dah pencen pon...

Sebelum aku mencarut, aku mintak maaf dulu, entry ini aku tuju-tuju kat orang yang 'koma' saja. Yang ikhlas nak berkhidmat untuk negara macam Ahmoi sakit tu susah payah ajar anak-anak sengal kelas peralihan tak reti BM aku memang salut. Yang mana elok-elok dah jadi engineer tapi nak kerja GAMEN sebab memang itu niat dia nak berkhidmat untuk negara, baguslah. Yang berkhidmat di spetal macam MA Placebo tu pun aku sanjung, korang memang fabeles. Senang cakap kalau makan cili baru la rasa HOT & SPICY kan? Aku awal-awal buat scene pagi raya duduk mintak hampun kat korang yang tak bersalah. ' I mintak maaf, I tak sengaja'.

Generasi baru termasuk kita yang baby boomers ni memang bertuah, peluang sambung belajar sentiasa dan semakin terbuka luas. Nak melangkah ke LONDON dah tak impossipazel dah, nak lagi kalau ada seguni duit for winter bonfire. Sebab nak masuk UiTM sekarang ni memang peluang yang terbuka dan tak perlu ada IQ count 145 segala. Kolej swasta pun sekarang ini pun ada PTPTN bukan macam dulu nak kena biasiswa FAther-MA@mother. Pendek kata tak mustahil dah untuk individu itu memiliki segulung kertas yang entah sapa beri nama ijazah tu. Kertas yang kalau tak print apa-apa tu sama saja nilainya dengan kertas bungkus nasi lemak 50sen tu. Tinggal nak taknak je. Kalau taknak sambung belajar pun mungkin ada sebabnya, bukan sebab dia bodoh tolol with nano count of knowledge. Tak semua orang suka nak belajar sampai tua.

So kalau kamu ada degree sosiologi atau sains sosial atau lain-lain yang sebenarnya tak tau nak guna kat mana lepas tu mintak kerja GAMEN sebab takde firma di luar sana yang hengen hambek hengkau kerja, tak payah bangga tak bertempat kamu tu berpangkat. Bukan nak menghina ya, sebenarnya sikit sangat la degree holder yang 'ikhlas' jadi GAMENizer ni, sebab mostly apply kerja tu sebab degree tak laku. Kalau dah 2 tahun grad dan tak dapat kerja lagi, aku kasi kau gunting handbag COACH kesayangan aku tu, memang akan apply kerja GAMEN.

Dan lazimnya GAMEN akan kasi kau pangkat 'PENGUASA' ke atas lah, ikut ranking dalam jabatan kamu tu. Gred 41 biasa la tu. Tapi bila dah masuk kerja kau kena ingat, kau tu JUNIOR jugak. Kalau tak soal tatakerja, kau mentah jugak soal etika kerja. So keep yourself open to advices even from the seniors of staffs. Tak kisah la dia 11, 12, 17, 22 ke 26 tapi dia still a senior. Kalau taknak respect pangkat dia, respect UMUR dia. Dan jangan salahkan orang menegur kalau kamu memang salah. Especially kalau jabatan kamu tu ada uniform, kamu tu bawa bulan, bintang dan crown di bahu. Wajarlah kalau yang tua dan berpengalaman menegur kamu bila attitude tak match dengan status kamu sebagai pegawai kanan. Ini tak, status FB jugak kamu siarkan. Yang kamu pegi ganyang orang segala gred tu apahal. Lepas tu sedap je mulut cakap orang 'masa kecik suruh belajar tak mau'. Habis tu kalau semua jadi bos sapa nak jadi kuli?

Aku bukan apa bila tak puas hati ni, tak semua orang yang berkelayakan tu bertuah apply sesuatu jawatan dan dapat pangkat yang selayaknya dengan qualification. Kadang-kadang yang ada diploma pun terpaksa guna scale SPM je mintak kerja, dah itu je jawatan yang bukak. Ada jugak yang berdegree, masters, cuma tak belajar untuk naik pangkat. Tapi kalau kau berpangkat, kau tak payah la pegi hina orang bawahan kau. Konon yang makan cili terasa pedas, memanglah... Tak semua orang bertuah dapat jadi bos umur muda macam kau. Bersyukur sudahlah, jangan hina pulak orang yang tak berapa nak bertuah. What more kalau orang tua yang kau carut-carut tu, dia macam mak bapak kau la sacrifice nak hantar anak-anak dia yang baya-baya kau tu sambung belajar tinggi-tinggi sampai atas gunung. Tak kisah la dia takde degree, tapi kau tau ke anak dia nanti jadi ape? Doktornya, engineernya, saintisnya? Ntah2 degree diorang lagi best dari degree kau.

Bagi aku kita sekarang ni bertuah, we're the fortunate young and successful generation. Tapi pada masa yang sama kita ada adab sopan budaya bangsa, yang tua dihormati itu pasti. Jangan bangga sangat dengan gred BOS kamu, sebab di luar nanti kamu akan bekerja dengan public, staff kamu yang hadap dengan public. Kalau diorang tak beri kerjasama, boleh jalan ke kerja. Still you owe it to the kuli. Ingat selalu, to be respected you have to respect others firsts. And in almost any situation, you EARN respect. I know comment section Dukun mungkin akan berbunyi 'The Boss Is Never Wrong' tapi to me 'Nobody Is Always Right'.




8 comments:

mr_abs said...

yah! ngerepaknya eh. hehe. mena kata ktk, i second that

AmirFX said...

Aaa.. Ngerepak is caring... Setuju... Sidaknya ptt nangga libah sblm nak nangga katas nun...

Felicia F. Ramzi said...

*ahmoi memang sedia berkhidmat!

haih, tok nyuruh rasa curious .. who could that fella be? ras bes la nganok orang just because ada pangkat? Belum diat langit tinggi rendah.. pada orang bawahan kita mesti ada rasa saling kerjsama apa gik dengan orang yang dah lamak n berumur, sebab sidak akan back up and tolong kita bila susah.. respect part ya memang i could not agree more.. so true.. to earn respect, learn to respect others first.. sik makan belanja besar pun respect orang..

Apa fb orang yaaaa.... so curious to know

joynstar said...

mr_abs
bukan ngerepak deng, mek sikmok kita yang muda tok lupa dirik. walau berjaya, jangan mok berbangga jak kerja.

Amir
bena ya... mun terusuk sikda URANG NULONG.

aMOI
ya sik boleh la madah. tapi mun nya agik juak kelak, mek molah entry ngan FB feature muka nya.

Willie
that is a cynical hehe or no comment one?

Ivy Metaga said...

hai..tq singgah blog kmk ya, pas tok ada bertambah gik sigek blog utk kmk sekodeng hehehe...

oh komen utk org FB itu, kmk pun kurang senang dgn org yg sukaaaaaa bercakap BESAR huhu...

Lee said...

Hi Joynstar, what you posted is absolutely right.
And respect is acquired not gained.
And a U degree doesn't a person make....it is what he does in life that makes a person.
Love your positive thinking and logical reasoning.
You have a nice day and keep well, Lee.

Asphyxia said...

Well said!!

*Clap clap clap*

I couldn't say more.

Nice entry! Congrats!!

joynstar said...

iVY
ohai...silala sekodeng shelalu. semoga kita sherashi bershama. hehe

Uncle Lee
I don't respect status much, I respect personal integrity and humility.

Espisia
*tunduk2*

tengkiuk!