Sunday, April 25, 2010

'Elak Cerai Berai Terbarai'

4 hari...menderita sakit rindu, ubatnya pun lama lagi nak pulang. :(

Ohai Sunday people, don't you have any better thing to do on this lovely day instead of reading my piece of shoot? hehe...It's OK I understand buggers like you, I'm writing my entry this SUNDAY , get what I mean? OK--OK--mari cakap BM. Cakap BMS nanti Uncle Lee tak faham. Englosh pon korang malas nak baca, pastu taknak komeng, pastu aku rasa post aku tak best, pastu start random post cerita pasal hari nak hujan dan baju aku basah kena tumpah milo. Walhal blog ini sepatutnya rasa macam diary, korang tak baca pun takpa no'.

Dah...dah... Hari ini aku nak beri korang tips 'Elak Cerai Berai Terbarai' kat korang, actually boleh apply to kekasih jugak. Tips ini penting sebab kalau masa gaduh tu senang-senang taik ayam je nak maki hamun kekasih kita ye. Walaupun tahu hati pasangan kita tu macam bunga lalang, kalau ditiup akan melayang jauh-jauh susah nak tangkap. Silap haribulan hinggap kat taman lain. Masa tu nak kata apa? Marah kita ni macam angin, kalau membadai adalah korbannya. Wah...bermadah wei! Tapi kalau memang jodoh tak ada tak apalah...asal dah mencuba mempertahankan mahligai semi-D yang kita bina bersama. Cari jelah banglo baru.


Baiklah ; macam biasa mak hayam mulakan lesson hari ini dengan MARAH itu sendiri. Dengar pun buat kita sakit hati kan? Best ke marah-marah? Apa hasilnya? To me cuma sakit hati sahaja, and like wise people said, never sleep with anger. Bangun pagi muka akan berkerut macam umur 70 tahun. Nasihat ini khususnya penting untuk pasangan yang sudah berkahwin. Sebolehnya selesaikan masalah kamu, kecil atau besar sebelum kamu tidur.


OK MARAH ; ketika ini darah akan menyerbu otak kita, jantung akan berdegup macam nak gila, muka jadi panas, otak jadi tak waras, mulut akan mencarut, and oops! tangan jadi ringan. By that time it's almost too late. Hell hath no fury like a woman scorned, kalau perempuan merajuk susah nak pujuk. Kalau lelaki merajuk? Adeh...mintak simpang malaikat 44. Tak mahu la cinta terputus di tengah jalan, sesat di simpang, sangkut dalam jam, semput di tangga, terkunci dalam lift. Btw kenapa ye marriage dipanggil rumah tangga? ehehe...


PERTAMA : Masa tengah naik hantu, seeloknya jauhkan diri masing-masing sekejap. Sekejap ye anak-anak bukan lama-lama. Kalau gaduh-gaduh manja tu amik la masa sejam dua bermain di verandah rumah, menyanyi dalam kereta, pegi minum gerai mamak. Tapi kalau kes besar sampai nak ke pejabat kadi tu, amik masa seminggu bercuti SENDIRIAN. Beri ruang untuk hati kita rindu semula. Untuk 2 orang yang sedang marah berada dalam radius yang sama samalah seperti berdiri tengah highway. Disaster!

KEDUA : Ingat semula apa yang mengikat kalian berdua. Saat-saat indah dahulu tu cuba ingat balik, walaupun sidia dah mungkin berubah, kaji semula kenapa dia berubah. Mungkin kita pun menyumbang kepada situasi hodoh yang berlaku.

KETIGA : Kaji semula apa yang sebenarnya kamu marahkan. Mungkin masalah sebenar adalah KITA sendiri. Buang ego jauh-jauh sewaktu muhasabah diri ye? Ego tu buat kita buta dan enggan mengaku salah.

KEEMPAT : Bincang. Kan senang kalau dapat berbincang dengan kepala yang ringan dan sejuk. Kalau boleh minta maaflah walaupun bukan kamu yang mulakan. Cari dan buka jalan perdamaian, somebody have to start somewhere. At least agree to disagree is a meeting point. Dan kalau memang adalah kesilapan kamu, make it a point to never do it again.

KELIMA : Berbaik semula, bermula dengan kaunseling. Bila dah OK tu, dating lagi lah. Pupuk semula bunga cinta kamu yang dah layu kena panas gurun tu. Re-ignite the Fire, Fan the Flame. Jangan malu untuk bercinta lagi kerana kita berubah dengan usia, tidak bermakna kita diam sebumbung tidur sekatil bergolek sama-sama kita sudah kenal pasangan kita sepenuhnya. Sentiasa bercakap, kenalkan diri kamu kepada pasangan, sidia tu bukannya psikik dapat baca hati kamu.

KEENAM : Gembirakan dirimu, bila kamu gembira hubungan dengan pasangan kamu juga pasti berjalan dengan baik. Jangan paksa diri kamu suka apa yang sidia suka. Have some ME time, be with your own friends. Do what you like. Just watch your limit, make sure you don't hurt or neglect your partner along the way.


Ha...anak-anak hayam semua. Itulah dia nasihat mak kali ini ye. Bukan apa kebelakangan ini suka sangat buat entry tips dan petua, saja berkongsi pengetahuan kaunseling yang sedikit di dada mak ni. Dada mak ni kembang semangkuk jer. ehek! Mak kalau boleh nak sambung belajar psikologi, lama lagi la. Saja untuk pengetahuan sendiri. Mak takla sempurna segala segi, ada jugak cubaan dan dugaan, but it all amount to a bittersweet relationship I'd like to cherish forever.

So u'ols, ketahuilah, tak semua cinta itu akan berakhir bahagia dan bahagia pun kalau tak dijaga berakhir juga. Dan tak cukup kalau sebelah pihak sahaja menjaga hati, it takes two to tango, salsa, cha-cha. Kalau nak sorang-sorang sila belajar poco-poco yer? Bah, jaga dirimu disana!






16 comments:

Kal Jis said...

mena3x.. sikkan kita jak jadi penjaga hati, kenak da duak2 sama2 menjaga hati.. saling faham memahami dan bertolak ansur mesti ada.. mun duak2 panas ni ndak meletop ahernya hehehhe.. good tips eh..

ChentaQhamu said...

byk2 ayat tok paling menarik... "4 hari...menderita sakit rindu, ubatnya pun lama lagi nak pulang. :( " huhuuu... take care... jg dirik sementara menunggu chenta pulang... rindu penguat kasih sayang... makin jauh makin sayang... take care k...

joynstar said...

lamak mok take care ya deng, dekat setengah tahun itu.

dukunlintah plk said...

boleh jd Dr. Loove kamu ini..

mr_abs said...

tok namanya nasehat org berpengalaman. yedehhh. hehehe :D

joynstar said...

Dukun
sik salah...mek mauk!


mr.abs
ko budak lagi, pegi panjat tangga bangunan kamu sendiri

AmirFX said...

Mak! Mintak belanja MekDI lok... Anak ktk tok lapar... haha..

joynstar said...

eih, mekD ya sik sehat deng, lak mak goreng telur key kitak k? brp bijik mauk?

FaDLi said...

dari pengalam kedirik kaaa... bagus2... polah buku terus ooo...hehehee

mr_abs said...

eeee...asa tua ja ktk pdh gia....kmk sa kmk tua gik dr ktk la k :P

joynstar said...

FaDLi
ada la buku banyak gilak dah ditulis urang, mek main maya-maya jak cukop lah

mr_abs
yaka tua dah? ka tua ija? herherher...

kaChaNG_dEwa said...

hohoho..copy jp.untuk bacaan masa lapang.lalalala~panjang gilak deng..mata sebelah gik nangga TV.sebelah jak k baca entry.miahaha..

joynstar said...

ok..ada keluar masa final lak k, jangan sik baca. ;)

昱宏 said...

若對自己誠實,日積月累,就無法對別人不忠了。........................................

Felicia F. Ramzi said...

Re-ignite the Fire, Fan the Flame

oh i loike.

Now mom, my question is.. my ex has been bugging me to get back together as a couple again.. if dikenang, memang banyakkkkk memori between both of us.. perlukan anak hayam bercuti bersendirian dan pikirkan semula the bibit-bibit cinta that brought us together before?

anak hayam gojes yang blur.

muackS!

joynstar said...

hehe sihat dah anak mak? your case memang bangang cipan la mun mok rujuk balit, road tax expired ne pat drive gik, mbak agik keta kak eksiden,beli keta baru jak kitak, holiday ya reserve for hanimunan jak.

cheers!